IMPIANA DAPUR: APR-JUN 2008
KEMERIAHAN BERGANDA 2ND HOMEFAiR’07, PERSADA JOHOR
Hebat! Itulah yang boleh digambarkan tiga hari pameran HOMEFAiR’07, kali ke dua di Persada Johor.
HOMEFAiR’07, pameran berkaitan hartanah dan hiasan dalaman ini adalah yang terbesar diadakan di Johor. Acara ini berjalan selama tiga hari dari 7 hingga 9 Disember lalu dikunjungi hampir 40,000 pengujung dan rata-ratanya berpuas hati denga aktiviti serta pameran yang dianjurkan oleh X Two Media.
Banyak informasi berkenaan produk, perkhidmatan dan hiasan dalaman yang diperoleh dan diaplikasikan di kediaman masing-masing termasuk hiasan dalaman, inovasi produk kediaman, aksesori bilik air, bidai dan langsir, cabinet dapur dan aksesori, perabot, produk elektrik dan banyak lagi.
CABUTAN BERTUAH
Setiap pengunjung yang berkunjung ke pameran ini juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik daripada penaja berupa peralatan elektrik dan produk hiasan dalaman. Hadiah utama tajaan X Two Media berupa televisyen LCD bernama LG bernilai RM3,000 dimenangi oleh Azizah Binti Abdul Rahman.